nuffnang ads

Search This Blog

Thursday, April 26, 2012

Ms. Red Velvet in the house...



Assalamualaikum....quite a long time nisa tak update blog ni..heh malas pulak...nope! actually I got something that makes me superbusy mummy..now I'm done..sooo guys I'm back for blogging ok..Malas cakap panjang2..malam tadi nisa 1st time cuba buat cake Red Velvet special for my sharmeen, iman, thira dan aqish tersayang..




Lupa lak nak ambik gambar masa dah siap, dah half cake kena ngap baru la terhegeh2 nak posingkan ms.red velvet nih...heh



Anyway..memang sedap cake nih...rasa dia marvellous..moist sesangat dan ada rasa koko ckit. Kisahnye red velvet nih cake traditional mat salleh, bila dorang sambut Thanksgiving dan krismas, kek nih kira wajib buat laa..ala2 kite gak bila nak raya jer kuih tat nenas wajib buatkan...hah camtu lah dorang gak...




Lupa lak nak inform, nisa ambik resepi ni dari website 'Laura Vitale in the kitchen'. Seorang miss chef yang hebat dan sangat gorgeous...resepi dia simple dan senang nak ikut ok. Tapi dia buat red velvet in cup cake style...aku malas nak bakar banyak2 kali...senang aku lump sum kan ajer dalam satu loyang...hehe




Hah...gambor yang last ni kasi tempting sikit...hehehe..So if u all nak cuba rajin2lah bukak website si Laura Vitale tuu...or banyak gak resepi2 kek ni kat blog2 lain ok...sayonara...

Thursday, April 5, 2012

Resepi Kek Sponge Coklat yang ku cuba



Assalamualaikum...di pagi jumaat yang mulia ini terasa bahagia sangat, cuaca pagi ini sangat damai dan tidak panas seperti semalam, sungguh blissful dan sesuai dengan hari jumaat yang mulia ini. Pagi ni terasa nak buat kek tiramisu...sebelum tu nisa nak kena buat kek span dulu. My kid suka tiramisu yg kek spannya perisa coklat, pernah juga nisa try kek span vanilla....tapi rasanya span coklat lagi sedap for tiramisu...So this entry nisa share resepi kek span dulu ok. Rasanya u all tau cara nak buat tiramisu kot?? hehe...


Tiramisu ni bawak gi ofis hari tu...



Kek Span Vanilla yang ku cuba


Resepi Sponge Kek Coklat

4 biji telur
1 cawan gula kastor
1 cawan butter cairkan or minyak jagung
( minyak soya, minyak kacang, minyaksawit pun boleh…jangan minyak hitam or minyak urut sudah la..)
1 sd teh vanilla essence
1 sd teh ovalette (ni utk stabilkan texture kek span tu)
1 sd teh baking powder
1 cawan tepung kek
½ cawan tepung jagung
½ cawan tepung gandum
½ cawan serbuk koko van houten(brand biasa pun boleh)

Cara-cara:

Mula2 macam biasa putar telurngan gula dalam mixer sampai dia gebu berwarna putih…kalau angkat pemutar tuadunan tak jatuh cantik cam tanduk kira dah jadi la tu..

Lepas tu masukkan esen vanilla,ovalette, baking powder dan koko. Kacau sebati dan masukkan butter atau minyaktadi. Lepas tu masukkan tepung2 yang dah diayak yer…

Cepat dan simple jer…baking dalamoven yang dah dipanaskan terlebih dahulu. Saya suka bakar suhu rendah but takeslonger time dalam 170° lebih kurang 45minit.

Bila dah masak keluarkan dari oventerus ketuk2 atau hentak2 bawah Loyang tu…jangan lah kuat sangat sampai hancurlak kek tu..keluarkan dari Loyang dan sejukkan atas alas redai sebab kek span akan mengecut kalau dok dalam Loyang yg panas tu. Ok dah siap bolehlah makan atau di sapu topping butter cream atau icing.

Senangkan...lepas sejuk boleh dimakan begitu sahaja, atau letak gula icing ala2 birthday kek tu...emmmm banyak kegunaan kek span ni. Cuba ok!


Wednesday, April 4, 2012

8 TIP MUDAH UNTUK HIDUP MEWAH!!

8 Tip Mudah Untuk Hidup Mewah

                                                              sharmeen watchaaa....

1) Tak Perlu Kopi dan Rokok


- Setiap hari sebelum or semasa di pejabat tak perlu singgah ke kedai kopi berjenama untuk mendapatkan secawan kopi yang semahal RM5-RM20. Jika dicampur sekotak rokok RM10 anggaran belanja untuk kopi dan rokok sehari sahaja sudah RM15 - RM30. Tabiat ini jika dikurangkan, contoh jimat RM5 sehari, 30 hari sudah dapat RM150 dan jika laburkan jumlah tersebut ke dalam simpanan yang memberi pulangan 10% setahun, dalam tempoh 45 tahun jumlah tersebut akan menjadi RM1.4 juta!



2) Potong kad kredit

- Ambil kad kredit dalam dompet anda dan potong! Bank mengecaj interest yang amat tinggi lebih kurang 18%. Akibatnya setiap bulan kita terpaksa membayar interest ke atas jumlah yang lewat dijelaskan yang sebenarnya memakan simpanan kita.


3) Jaga emosi ketika melihat banyak iklan 'Sale' atau Jualan Murah

- Hampir 90% keputusan pembelian kita adalah keputusan emosi iaitu menurut kehendak hati, 10% pembelian sahaja yang berdasarkan keperluan hidup. Lelaki dan wanita adalah sama sahaja emosinya apabila melihat papan tanda 'sale' di shopping complex. Jadi control emosi kita jangan mudah terpengaruh kerana perlu anda ingat bahawa semua perniagaan dalam dunia ini akan gunakan sentimen emosi untuk menarik anda membeli produk mereka.


4) Hanya perlu pakar dalam 1 topik kewangan sahaja


- Kita tak perlu pakar dalam semua bidang kewangan sampai membaca beratus buku kewangan untuk berjaya! Meaning here, just pilih satu cabang yang anda minati atau mudah anda pelajari seperti pelaburan hartanah. Oleh itu, jadikan topik pelaburan jual beli property ini bidang yang anda dalami dengan beli buku2 dan fahaminya. Anda pasti pakar dalam hal jual beli rumah yang mampu menggandakan kewangan anda dan hidup lebih mewah.


inspirasiku...                                           


5) Kalau nak berhutang, pilihlah hutang yang bagus

- Maksudnya bukan semua hutang itu tidak baik, kita boleh berhutang tetapi pilih yang mampu menambah nilai hidup kita. Contohnya, berhutang membeli rumah ia menambahkan nilai hidup kita kerana value harga rumah semakin meningkat dengan cepat, kalau tak duduk pun kita masih boleh menyewakannya dan mendapat residual income. Contoh berhutang yang tidak bagus seperti membeli kereta yang harganya diluar kemampuan kita untuk membayar installment setiap bulan malahan selepas memiliki kereta tersebut nilai pasarannya secara automatik jatuh 30%!


6) Membaca buku walau hanya 30 minit sehari

- Kebanyakan antara kita malas membaca buku, jadi bagaimana mahu menambahkan kepakaran kita? dengan tidak mempunyai apa-apa kepakaran selain daripada berkerja, oleh itu income kita tidak akan bertambah kerana kurangnya ilmu dan skill. Jadi mulai dari detik ini, tanamkan minat membaca tentang hanya 1 bidang yang anda minati dan cari pengetahuan sebanyak mungkin untuk jadi seorang yang pakar dalam bidang tersebut. Dan ketahui bahawa pakar akan dibayar berkali-kali ganda berbanding mereka yang tidak pakar dalam bidang mereka.



7) Mencari kawan baru yang optimis

- Anda akan menjadi seperti kawan sekeliling anda! sekiranya kita selalu lepak dengan kawan yang tidak punya impian untuk kaya dan berjaya, maka kita pun tidak ada dorongan untuk jadi kaya dan berjaya. Dapatkan kawan yang bijak mengendalikan wang sekurang-kurangnya. Apa kata cuba berkenalan dengan mereka2 yang pakar dalam bidang yang anda minati. Dengan berdampingan dengan mereka yang berjaya, kejayaan itu juga pasti berjangkit kepada kita!


8) Jangan baca sahaja tip2 ini tapi mesti praktikkan!

- Tip-tip di atas adalah ilmu yang sangat berguna untuk mengubah hidup kita daripada 'zero to hero' dan 'nothing to something'. Sooo...jangan baca jer lepas tu tak buat, amat rugi besar. Lakukan sesuatu mulai dari sekarang untuk mengubah hidup kita. Mulai dengan melakukan perkara2 yang mudah! kerana perkara2 yang mudah inilah yang akan membuatkan kehidupan kita lebih mewah dan bermakna.

Inspirasi Kejayaan-Irfan Khairi