nuffnang ads

Search This Blog

Tuesday, December 10, 2013

Belajar buat website sendiri secara PERCUMA !!!


Salam sejahtera ke atas semua...

Lamanya saya tak update blog ni..sebab utama sibuk dengan perniagaan pusat komputer berintenet yang baru kami ceburi atau dengan nama glamernya 'cyber cafe'. Sudah 10 bulan beroperasi..Alhamdulillah memdapat sambutan yang luar biasa daripada penduduk setempat. Untuk bisnes ni kami belajar macam budak baru sekolah yer..maklumlah IT bukan bidang kami, dari segi urusan pentadbiran dan kewangan sangat memuaskan diurus sendiri oleh suami. Bukan senang nak dapat lesen cyber cafe yer..Syukur pada Allah akhirnya usaha kami untuk mendapatkan lesen cyber cafe Majlis Perbandaran Sepang berjaya! banyak syarat2 yang perlu kami patuhi dan ikuti. Bagi anda2 yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut dan mendapatkan khidmat nasihat membuka bisnes cyber cafe boleh lah emel ke growusahawan@gmail.com




Sambil jaga cc boleh buat online marketing...boleh jugak main saham hehe...

Lagi satu kami juga ada membuat tutorial step by step cara2 membina website sendiri...sangat menjimatkan kos anda jika pandai membuatnya sendiri. Disamping itu ia juga dapat menjana pendapatan sampingan dengan system pay-per-click dan macam2 lagi yang boleh mengembangkan bisnes anda. Jangan tunggu lagi lawatilah laman web kami  http://growusahawan.ws/main.html

Salam kejayaan..


Friday, November 2, 2012

Senarai budget barang baby baru lahir

Terjumpa 3 years past budget untuk baby sharmeen, listing ni only incurring basic needs for baby. For the rest needs like stroller, buai, baby's carrier, bekas bottle sterilizer dan lain2 benda tak perlu beli dulu ok. Bila ada keperluan atau dah tahap wajib guna baru beli untuk mengelakkan pembaziran. So, my little bit help for new mum and father to be...to tell u guys the truth is cost for baby's basic needs was almost 1k at that time ok..sekarang nih tak tau la berapa kos barang dah makin mahal.

sharmeen and cousin alia...

Items Particulars Size Quantity
1 Baju lengan panjang dan seluar panjang  3 - 6 months 6 pasang
2 Seluar panjang (extra) 3 - 6 months 3 helai
3 Baju lengan pendek dan seluar pendek 3 - 6 months 3 pasang
4 Baju lengan pendek dan seluar pendek - kain lubang2 3 - 6 months 3 pasang
5 Seluar pendek (extra) 3 - 6 months 3 helai
6 Barut baby 6 helai
7 Sarung tangan dan kaki 8 pasang
8 Topi baby 1 helai
9 baby's blanket 1 helai
10 baby's towels 2 helai
11 Napkin's cloth 1 bungkus
12 Baby's diapers  new born 4 bungkus
13 Baby's cloth detergent 1
14 Botol susu small size for baby 2 botol
15 Berus botol baby 1
16 Disposable breast pads 2 kotak 
17 Tikar baby-air filled rubber sheet for baby 1
18 Cotton buds small size for baby 1 botol
19 Baby's wipes 4 packets
20 Bottle warmer untuk isi 2 bottle 1
21 maternity pads 5 bungkus
22 Besen mandi baby 1
23 Breast pump manual/battery/elec. 1
24 Jamu bersalin for mum 1 set
25 Bengkung for mum 1
26 Shampoo, bedak, lotion, baby oil, minyak perut baby 1 set
27 Tilam dan bantal baby 1 set
28 Beg baby
1
Happy shopping mama papa!

Sunday, October 28, 2012

Contoh Aliran Tunai Peribadi


Contoh Budget Tunai Pendapatan
January'12

Wang Masuk 







Gaji Bersih  2,000.00
Hasil rumah sewa  450.00
Commission jualan 3,000.00
Tunai di tangan 100.00
Bank Islam akaun 30.00
PBB bank akaun 20.00
Jumlah tunai (a) $5,600.00



Belanja Wajib

Tertunggak  Anggaran Sebenar Paid
Perbelanjaan










Ansuran rumah 500.00 500.00 Ok
Ansuran kereta  450.00 450.00 600.00 Ok
Barang dapur 350.00 350.00 Ok
MBSB 900.00 430.00 600.00 Ok
Maintenance rumah  60.00 60.00
Cukai pintu MPSA 600.00 80.00 200.00 Ok
Tiusyen anak 200.00 30.00 50.00
Aeon credit 150.00 50.00 80.00 Ok





Prepaid hp 30.00 30.00 Ok
Elektrik 40.00 20.00 30.00 Ok
Air 30.00 15.00 20.00 Ok
Credit card 1,000.00 60.00 600.00 OK
Simpanan 

ASB


200.00


850.00


Ok
Tabung Haji  200.00 850.00 Ok
Derma  Hadiah  30.00 120.00 Ok
Anak yatim 30.00 20.00 Ok
Tabung masjid 30.00 20.00 Ok
Zakat  30.00 50.00


Kereta Minyak hitam 60.00
& lain-lain 24.00
Pengetahuan
Buku dan majalah
20.00
Kenderaan
Minyak kereta

150.00

150.00
Kesihatan Supplement 80.00 40.00
Lain-Lain
Tukar tayar

200.00
Jumlah (b) 3,370.00 2,929.00 5,420.00



Baki  2,671.00 $180.00
    Semoga dapat dimanfaatkan oleh anda semua..Good luck!

Friday, September 28, 2012

Kek Pisang Gebu Marvellous!


Resepi kek pisang ni aku memandai2  reka sendiri dengan adjust sikit2 resepi asal adik aku. Bahan basic dia sama jer  cam kek pisang biasa ok, tapi hasilnya emmmm…yummy..so simple, delicious and super easy..must try!

Bahan2:
4 biji telur gred B
1 cawan minyak sayuran (minyak masak pun boleh)
1 cawan gula ( tak suka manis2 ok)
1 ½  cawan pisang emas yang lenyekkan
1 sd/t esen vanilla
1 sd/t ovallette
1 sd/t garam
1 sd/t baking powder
1 sd/t soda bikarbonat
1 ½ cawan tepung gandum
4 sd/besar susu pekat manis
Sedikit pewarna coklat/kuning (optional)

Caranya: Putarkan telur sampai kembang, masuk esen vaniila dan gula, putar laju sampai gula larut. Lepas tu masuk minyak, ovalette, pisang dan garam.

Dah sebati masuk pula barang kering yg telah disatukan dulu iaitu tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat. Last sekali masukkan susu pekat manis dan pewarna.

Tuang ke dalam Loyang bulat 8” yang dah disapu sedikit  butter dan bakar pada suhu 150’c selama 50 minit. Itu saja..senangkan..even my kid pun pandai buat sendiri.


requested by mr.hubby for his birthday recently, his favourite all time banana cake with simple frosting of chocolate ganache...dia tak suka kek besday jual kat kedai yg banyak cream tu

papa is 37...hishh dah tua..hehe

cik adik sharmeen ni biasala kann..semua kek orang wajib dia yg tiupkan lilinnya..hehehe

Happy birthday my dear!

Wednesday, September 19, 2012

Cara untuk Selesaikan masalah kewangan dan hutang ( bangkit dan atasi beban kewangan dan hutang dengan pantas! )

          Hidup ini umpama roda, kadang-kadang di atas bila kita senang dan kadang-kadang di bawah bila hidup kita dilanda kesusahan. Hidup di dunia materialistik ini semuanya tentang duit, mula dari bangun pagi sehingga malam hari, segala aktiviti manusia memerlukan perantaraan wang atau duit. Dah takde lagi system barter atau swap barangan yang kita perlukan. Zaman sekarang ini manusia dididik memerlukan duit untuk hidup dari sejak dilahirkan, sangat menyedihkan.. Dan wang juga menyebabkan sebilangan besar kita menghadapi masalah dalam mendapatkannya atau mencukupkannya...kita mungkin boleh berkerja, mengambil upah dan berniaga untuk mencari wang kehidupan tapi bagaimana kalau kita telah terjerumus dalam kancah masalah kewangan akibat bisnes yang gagal, atau diberhentikan kerja dan beban hutang yang tidak mampu diselesaikan lagi. Sedikit panduan bagi kawan-kawan yang dilanda masalah kewangan, panduan di bawah ini adalah hasil daripada pengalaman peribadi insan-insan yang berhati mulia yang sanggup berkongsi cara mereka bangkit dari masalah kewangan dan beban hutang

 1)   Senaraikan semua hutang yang ada, daripada yang sekecil-kecil hutang hinggalah sebesar-besar hutang macam pinjaman rumah dan kereta. Kemudian senaraikan mengikut keutamaan yang lebih penting untuk dibayarkan dulu, contoh tunggakan hutang pinjaman perumahan lebih utama diselesaikan dahulu berbanding hutang kad kredit. Kalau tak dibayarkan dulu, bila bank keluarkan surat perintah lelong rumah susah anda nanti. Segala harta benda dalam rumah tu jadi milik bank dan tak boleh bawa keluar, tinggal sehelai sepinggang anda.

 2)   Senaraikan semua harta benda anda yang boleh dijual untuk mendapatkan duit tunai segera, contoh seperti emas, perabot rumah, barangan elektrik, kamera, notebook, handphone, jam tangan, barangan peribadi berjenama anda dan barang-barang perniagaan. Jualkan barang-barang anda ini secara online atau offline, contohnya di mudah.com atau di facebook. Sekiranya anda tolak kat kedai harga yang ditawarkan jauh lebih murah, jadi lebih baik jual sendiri dahulu. 

 3)   Sedikit panduan tentang emas, sekiranya emas anda memang sudah dipajakgadaikan dahulu, anda masih boleh menjualnya. Cari contact pembeli emas terpakai kerana mereka boleh menolong anda menebus emas di pajak gadai kemudian membeli emas anda itu mengikut nilai harga semasa emas. Selepas tolak harga tebus gadai, baki tunai pasti milik anda. Memang sayang emas dan barang-barang kita tu, tapi kenalah berkorban...bila kewangan kita sudah stabil nanti belilah semula. Jangan terlalu beremosi sangat sampai semua barangan ada sentimental value bagi anda..kena ingat kalau hutang tak terbayar sampai kita diisytiharkan muflis...lagi rasa takde value nanti, hidup tak tenteram dikejar hutang.  

4)   Sekiranya pihak-pihak pemiutang anda telefon pastikan anda menjawabnya, berbincang dengan mereka masalah kewangan yang anda hadapi sekarang dan mohon jasa baik mereka untuk memberikan anda lebih tempoh masa pembayaran hutang tersebut. Sekiranya anda tidak mengangkat telefon mereka atau menukar nombor telefon dengan tujuan lari dari dikejar oleh mereka, percayalah tindakan susulan undang-undang seperti surat saman akan sampai ke rumah anda dan ini akan membuatkan anda lebih serabut dan stress!.. Contohnya hutang bank, mungkin hutang kereta anda sudah 4 bulan tertunggak kerana masalah kewangan anda setelah anda berhenti kerja. Ceritakan masalah anda tersebut, biasanya pegawai bank akan mencatatkan sahaja masalah anda itu sebagai rekod mereka dan meminta satu tarikh di masa hadapan yang anda boleh jelaskan hutang tersebut, pastinya mereka akan menasihatkan anda supaya jangan keluarkan kereta tersebut dari kawasan dalam pagar rumah anda bagi mengelakkan si penarik kereta tarik kereta tersebut. Kerana ini akan menyusahkan pihak bank dan juga anda.

 5)   Mohon pertolongan kawan-kawan rapat, emak ayah anda, adik beradik atau saudara mara dengan meminjam wang mereka seorang sedikit. Biasanya susah nak dapat…masa ni anda akan kenal siapa kawan sebenar di masa susah anda, banyak yang nak berkawan atau bersaudara masa kita senang atau kaya saja. Lumrah manusia bila ada duit macam-macam keinginan yang nak dibeli sehingga ada insan yang sangat memerlukan pertolongan pun tak diperdulikan kerana rasa duit tak cukup saja. Hal keperluan sudah lengkap tapi tetap kata tak cukup duit, takut duit yang ada menyusut dan tak cukup makan anak beranak. Padahal umat Islam kena ingat Allah dah menjanjikan bahawa setiap amal sedekah dan pertolongan yang kita hulurkan akan dibalas dengan rezeki yang berlipat ganda, semakin banyak kita menolong orang maka semakin banyaklah pahala dan rezeki yang akan diterima. Jadi anggaplah cara ini sebagai cara sampingan saja, orang kata kot-kot kalau dapat…kita cuba manalah tau ada insan yang berhati murni sanggup menolong kita. Kalau tak berjaya janganlah berkecil hati dan terlalu beremosi sangat yer..baik teruskan fokus anda cara lain bagi menyelesaikan masalah hutang-hutang tersebut.

 6)   Disamping menjual segala harta dan barang-barang yang anda ada, anda juga perlulah mencari kerja untuk menanggung perbelanjaan hidup yang berterusan ini secepat mungkin. Tidak kiralah apa kerja pun asalkan tidak salah di sisi undang-undang dan halal bagi umat Islam. Mungkin gaji tak sebesar mana dan jawatannya tak sesuai untuk anda yang ada ijazah atau sarjana, dinasihatkan kerja lah dulu untuk terus survive..sambil tu cari la lagi kerja yang betul-betul sesuai dengan kelayakan anda itu. Bermula dari bawah semula, bangkit dari zero dan selesaikan hutang piutang yang tertunggak. Jika benar-benar minat berniaga, mulalah kumpul modal sedikit-sedikit dan jangan cuba-cuba mencari jalan mudah dengan membuat pinjaman modal awal dalam memulakan bisnes. Dengan simpanan yang tiada untuk menampung kos-kos kehidupan anda diawal perniagaan, pastinya anda akan menggunakan duit keuntungan perniagaan itu. Jika ini berlaku maka tak akan berkembanglah bisnes tersebut dan jika perniagaan itu mengalami kerugian di awal tahun perniagaan, pastinya tragedi kegagalan dan masalah beban hutang akan berlaku sekali lagi.

 7)   Kebanyakan manusia apabila dilanda musibah dan kesusahan barulah cari tikar sejadah untuk sujud mengadu pada Allah, tetapi bila senang berduit mula lupa dan leka menunaikan tuntutan ilahi dengan alasan terlalu sibuk berniaga dan jumpa client tak tentu masa. Sedarlah bahawa segala rezeki di dunia ini datangnya dari Allah, kalau Allah nak bagi dan nak tarik rezeki itu hanya pada bila-bila masa sahaja yang kadangkala tak terjangkau dek akal manusia. Kadangkala bila kita diuji dengan masalah bisnes yang rugi, ditipu rakan kongsi, atau tiba-tiba syarikat yang kita kerja gulung tikar..perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah tenangkan perasaan anda, bersolat dan berdoalah pada Allah yang maha mendengar mohon dipermudahkan ujian ini dan diberikan jalan penyelesaian masalah anda. Jangan lupa untuk menunaikan solat sunat Dhuha di pagi hari dan bertahajjud di malam hari, kadangkala ujian yang diberi menandakan Allah rindu untuk mendengar doa-doa hambanya yang mula lupa dan alpa di kala senang.

 Nukilan hakmilik: Nisasharmeen

Friday, July 20, 2012

Birthday girl buat cake sendiri...



My girl buat kek tiramisu sendiri for her 10yrs birthday on 17th July recently..of course I ajar dia sekali but decoration of the cake dia yg buat. Umi dia tolong touch up sikit2 bagi kemas..Nampak Aqish really passionate in cake's decoration, cuti sekolah nanti ingat nak hantar dia gi kelas buat kek for children...ada tak agak2nya?..

Pandainya sapu topping kek...kemas jer

sharmeen pun sibuk menolong @ mengacau kakaknye...

cake Tiramisu by Aqish...terbaekk la anak umi nih...

sharmeen pun nak masuk umur 3 yrs on 30th July nih..both of them are July's babies...

Wahh ala2 tiramisu secret resepi gitu setelah dibubuh lilin...hehe


Well, our next cake project is for baby sharmeen lah...dah nak masuk 3 tahun nih leh ke panggil baby lagi...hehe, cake apa lak nak buatkan dia nanti...yg pastinya tak nak buat besar coz puasa2 nih lambat habis dan bahaya...tak pasal2 ada yg buka kang..hishh

Thursday, June 28, 2012

Iklan Popular!

Salam Jumaat semua...
Alhamdulillah...tak sangka hehehe..iklan blog nisasharmeen.blogpot.com antara iklan yg popular di Malaysia Blog Iklan!...yeayyy kembang aku jap..
Terima Kasih pada  pengunjung2 yang sudi singgah ke blog aku nih yerr..
Insyaallah nisa akan update entry2 yang lebih berinformasi lepas ni, especially contoh2 assignment pada junior2 aku student kat OUM tuu..ok
dan tak lupa juga format2 untuk dokumen perniagaan macam contoh2 surat perjanjian, rancangan pernigaan dan juga informasi kursus2 keusahawanan yang disampaikan oleh en.hubby ku iaitu En.Sapowan Sanusi.


En.hubby ada bagitau yg dia nak buat kerja amal sikit iaitu nak beri ceramah motivasi secara percuma kepada murid2 sekolah atau pelajar2 IPTA dan IPTS...so sesiapa yg berminat nak dapatkan perkhidmatan percuma ini sila hubungi  PA dia at 014-6662913 ok..

Wassalam