Kalau stress study selalu buat apa ekk?..nisa kalau stress study..hilang terus fokus. Baca la banyak kali pun memang tak leh lekat kat otak. So…tutup jer buku tu dulu, terus ke dapur tengok apa yang ada yang boleh dibuat macam kek or apa2 jer yang sedap . Layan hobi dulu…biar release stress..
Salah satu my family favourite dessert ialah puding roti makan dengan sos vanilla..senang sangat buat dia, simple dan cepat..... cekkidauuttt…
Puding Roti dengan Sos Vanilla
Bahan2nya:
Bahan A:
Roti gardenia 10 keping
1 liter susu fresh milk
Potong roti kecil2 dan rendam dengan susu dalam 30 minit.
Bahan B:
4 biji telur
6 sudu bsr gula halus
3 sudu bsr butter, cairkan.
Sedikit esen vanilla
3 sudu besar tepung jagung
Kismis atau cokelat chip untuk hiasan
Cara2nya:
Kesemua bahan di campurkan, kacau sampai halus. Saya guna mixer, guna tangan pun boleh tapi letih la lama mengacaunya..hehe
Campurkan Bahan A dan B, kacau hingga sebati. Kemudian masukkan ke Loyang yang sudah di sapu sedikit mentega. Bakar dengan suhu 170° selama 45 minit.
Bahan buat sos vanilla:
Lebih kurang 500ml susu segar
3 or 4 sudu besar gula halus
2 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar tepung jagung
Jerang susu atas api, campurkan semua bahan dan kacau dengan api perlahan..ok dah siap.
Sejukkan dulu dalam peti sejuk sebelum makan, rasanya emmm…memang mengeboomkan..hehe
Ermmmmm sedappnyeee....terus hilang stress ku ini...hehe
No comments:
Post a Comment