Komen aku pasal movie nih..sepatutnya Prometheus ni diklassifikasikan bawah 18SG bukannya PG13. Sebagai seorang ibu aku berani mengatakan bahawa filem ini bahaya ditonton oleh anak2 kita kerana boleh merosakkan akidah. Sipnosis cerita cakap lain tapi bila dah tonton lain pulak jalan ceritanya..Prometheus ialah nama sebuah kapal angkasa yg membawa sekumpulan doctor saintis ke sebuah planet yg mereka percayai tempat persembunyian tuhan, dalam konteks ini tujuan utama research mereka adalah untuk membuktikan kewujudan tuhan dengan melihat sendiri rupa sebenar tuhan..Astagfirullahalazim…sampai sini aku dah beristifar banyak dah dalam hati. Nasib baiklah tak bawak anak2 sekali menonton.
Kononnya bila bertemu dengan
tuhan, mereka berhak untuk bertanyakan persoalan kenapa manusia dicipta dan dicampakkan ke bumi. Apa tujuan
manusia dicipta dan kenapa setelah tuhan cipta manusia kemudian hendak
dibinasakan atau mati pula…aduiii..apa punye cerita nih..hanginn aku nengok!!. At last jumpa jugak dengan makhluk yg
diangggap tuhan...macam alien jer aku tengok. Alien tu badan macam manusia,
besar tinggi tapi muka macam alien lah. Lepas tu benda alah tu pulak bunuh dorang
semua..hishhh padan muka. Dalam cerita
ni ada adegan seks yg tak sesuai budak2 tonton juga, dan adegan ganas yg agak
melampau bila Doktor Elly memotong perutnya sendiri guna mesin robot khas untuk mengeluarkan baby aliennya…hishh ngeri
betul nampak real caesarean yang dia buat..dengan darah yg terpercik2.
Kesimpulannya bagi aku cerita nih
tak sesuai ditonton oleh anak2 kita sebab boleh merosakkan akidah umat Islam,
jalan cerita dia nak cari tuhan yg menciptakan manusia sebab banyak isu tak
puas hati dengan kejadian dan kematian manusia…nape lah mat salleh nih buat
cerita macam ni. Padahal jawapan bagi persoalan mereka semua tu ada dalam
Al-quran kitab Allah, mereka yg sesat ini sangat ego untuk mengakui kebenaranNya..hingga
sanggup melakukan perkara2 bodoh untuk menyangkal bahawa Allah s.w.t adalah
Pencipta yg sebenar-benarnya..
P/S: nak letak gambar ni pun tak suka sebenarnya, tapi takut korang tak tau cita yg mana pulak...jadi aku letaklah jugak.
No comments:
Post a Comment