Sabtu
dan Ahad lepas hubby ku telah menyampaikan kursus untuk para peserta Asnaf di
bawah bimbingan Pusat Zakat Selangor. Terima kasih pada En.Amiza Abu Adam boss
kepada Grow Management Services yang sudi menjemput En.Sapowan Sanusi sebagai
penceramah kursus tersebut.
Kursus
Pra bantuan Modal Lembaga Zakat Selangor ini diadakan di PULAZ (Pusat Latihan
Akademi Zakat) Shah Alam, Selangor. 5 module yang disampaikan oleh beliau ialah
Motivasi Keusahawanan, Teknik Komunikasi, Kewangan dan Perakaunan, Membuat Rancangan
perniagaan dan akhirnya Pembentukan perniagaan.
Besar
harapan En. Sapowan Sanusi agar ilmu yang disampaikan kepada peserta Asnaf itu
dapat aplikasikan dengan baik dalam perniagaan mereka dan menambah baik lagi kualiti hidup mereka
sebagai Usahawan Muslim yang Berjaya.
Bersungguh-sungguh menyampaikan ilmu keusahawanan
Peserta sedang membuat kerja berkumpulan untuk proposal 'Rancangan Perniagaan'
Yess!!..anda boleh!..yakin boleh...itulah agaknya yang en. hubby cakap..hehehe
Amboii...tekunnya semua..rugi aku tak ikut, best tau tengok dorang present. Bibik aku cuti...so kena la dok rumah jaga 4 orang askar2 aku tu...huhu
Lagi gambar2 peserta...
Hubby aku ni kalau berceramah suka buat lawak...kekadang tu hal anak bini sendiri pun dijadikan contoh...hishh abang ni malulah orang tau kisah kita...alaa..abg cita yang baik2 aje..hehe daripada jadikan kisah orang lain sebagai contoh takut jatuh fitnah pulak..betul tak? kita bukan bagi ceramah politik...hehehe gelak aku, betul jugak kata laki aku tu...
Dan hari demi hari semakin aku belajar betapa mahalnya nilai setitis ilmu itu...Alhamdulillah..
Dan hari demi hari semakin aku belajar betapa mahalnya nilai setitis ilmu itu...Alhamdulillah..
En sapowan ni pernah berkawin dgn aida Mustapha?
ReplyDeleteE. Sapowan Sanusi, sahabat lama yg telah lost con
ReplyDeletetact.