nuffnang ads

Search This Blog

Thursday, March 22, 2012

Aku nak benti kerje...tapi lepas tu nak buat apa??...

Alhamdulillah akhirnya impian aku nak benti keje tercapai!!...yess..hampir 13 tahun aku bergelumang ngan akaun2 syarikat, kira-kira, billion2, million2 duit orang, hutang orang…letih tau kira duit orang ni kalau duit sendiri syok laa!..Keputusan nak benti keje ni dah lama dah aku fikir, Cuma tunggu greenlight dari mr.hubby jer..
Thank you so much mr.hubby…kerana memahami niat ku nak benti keje ni. Sebab nak benti aku rasa dah bosan keje makan gaji ngan orang ni..tak betah lagi dok ofis 8 jam tau..boring gila. Kedua aku nak dekat ngan anak2..semakin dorang membesar ni semakin banyak perhatian yang parent kena bagi, kalau mak bapak sibuk keje..dua2 sibuk keje atau niaga cari duit…ermmmm habis la anak2 akan lebih rapat ngan kawan2 dorang jer, mudah terpengaruh dengan perkara2 buruk..macam banyak kes aku Nampak depan mata aku ni..tok sah jauh2..kat taman perumahan aku ni jer dah Nampak budak sekolah berjalan2 pimpin tangan lelaki pompuan, kat playground ada couple Nampak masih bawah umur duduk rapat2 berdating…bengang betul aku tengok. Ada sekali tu aku suroh husband aku pergi marah bebudak yg dok syok berdating tu…mak bapak sibuk cari rezeki korang sibuk berdating, dah la ponteng sekolah..nanti terlanjur dan lepas tu buang anak! Nauzubillah…
Dan sebab yang terakhir aku nak benti ni…kerana minat ku lebih kepada dunia bisnes. Dari dulu lagi kalau Nampak artikel pasal usahawan wanita yg sukses dan masuk paper jer, aku mesti gunting dan simpan sebagai sumber inspirasiku…tapi apa aku nak niagakan ekk? Hubby kata cuba fikir dan tuliskan apa yang b minat, ohhhhh senang tuh macam2 aku minat ..tudung, barang kecantikan dan kesihatan, buat kek dan minat yang paling dekat sekali ialah benda pasal kira-kira duit ni…hehe maklumlah orang kira2….lepas tu hubby kata dalam banyak2 senarai minat tu pilih mana yang paling minat and priority? Hubby aku ni penceramah motivasi dan usahawan…tu yang aku dilecture macam student dia..hehehe
Memandangkan aku baru jer menamatkan study aku dalam bidang kewangan…fuhh 4 tahun pejam celik pejam celik…dah habis…hilang rasa beban kat bahu ni..bayangkan 4 tahun yang lepas keadaan aku yang kelang kabut dengan anak2, kerja dan sambung belajar lagi…Allah saja yang tahu betapa letih dan lesunya aku tak cukup rehat…lebih2 lagi bila time nak dah dekat nak submit asingment…lebam2 mata aku asyik mengadap notebook jer…tapi aku pegang prinsip ‘just do it!...’ tak payah fikir2 penat ke ape…buat jer sampai habiss..hehe akhirnya berbaloi pengorbanan selama 4 tahun aku. Alhamdulillah…sujud syukur aku padamu Ya Allah
Oucchhh…panjang lebar lak mukadimah aku..actually aku nak sampaikan niat aku nak berbakti pada masyarakat dengan berkongsi koleksi asingment2 yang aku ada ni…ilmu ni kalau kite tak sampaikan rugi laa..ibarat pokok mandul..hehe, anyway for me ‘sharing is caring’… Mana la tau asingment2 aku dulu2 ni dapat membantu kawan2 atau adik2 yang sedang belajar…bukan suroh copy cat tau or plagriam ok but at least u all get idea how to do the asignment..till then.

3 comments: