nuffnang ads

Search This Blog

Monday, March 26, 2012

Assignment Gelagat Organisasi

Assignment paper gelagat organisasi ini berkaitan gaya kepimpinan dalam organisasi. Assignment ini disediakan berdasarkan hasil temu bual dengan En. Sapowan Sanusi, seorang pengarah urusan di organisasinya..Semoga dapat dijadikan panduan untuk student2 dan kawan2 semua....

Dalam mencapai matlamat organisasinya, En. Sapowan menjelaskan bahawa dia perlu proaktif melalui aspek keberkesanan gaya kepimpinannya terhadap perkerja. Kepimpinan baginya memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan kejayaan di dalam organisasi. Beliau sentiasa menerapkan nilai-nilai positif di dalam gaya pertuturan, gaya bahasa badan dan perbuatan di dalam memimpin perkerja-pekerjanya dan berpendapat dengan cara in dapat memberi rangsangan motivasi yang lebih berkesan.

Gaya kepimpinan yang diamalkan ini bersamaan dengan gaya di dalam ‘Teori Kepimpinan Laluan Matlamat (Path Goal Theory)’ yang diperkenalkan oleh Robert House, mencadangkan bahawa tingkah laku pemimpin seharusnya dilihat sebagai suatu tindakan yang boleh memotivasikan pekerja. Teori ini menerangkan bahawa seorang pemimpin perlu menguatkan hubungan di antara gaya kepimpinannya dengan perwatakan pekerja dan agenda tugas sesebuah organisasi. Dengan ini, pemimpin akan memahami bahawa pekerja akan termotivasi sama ada dalam keadaan merasa berkemampuan untuk mencapai sesuatu tugas yang diberikan, ataupun mereka dapat menjangkakan hasil kerja yang akan dsiapkan, ataupun kepercayaan tentang aspek penghargaan yang akan diberikan berkaitan hasilnya.

Empat gaya kepimpinan yang dimanfaatkan oleh En. Sapowan dalam memotivasikan pekerjanya selaras dengan ‘Teori Laluan Matlamat’ ialah:

Pertama: Kepimpinan berorientasikan arahan (Directive Leadership)

Ia dikaitkan dengan gaya menyampaikan atau memberi penjelasan kepada pekerja. Contoh yang dapat dilihat, di dalam memberikan arahan mengenai sesuatu tugas, En. Sapowan akan memberikan penerangan dan maklumat yang sempurna mengenai bagaimana sesuatu tugas itu boleh disempurnakan dan juga penetapan waktu yang diperuntukkan untuk menyelesaikannya. Kemudian beliau akan menambah penjelasan mengenai ‘apakah harapannya dan kepentingan berkaitan tugas tersebut dari segi mencapai matlamat jangka pendek dan jangka panjang organisasi mereka’. Kebaikan gaya kepimpinan berorientasikan arahan ini pekerja mendapat gambaran awal dan kefahaman yang jelas untuk memulakan sesuatu tugasan yang diberikan kerana arahan yang disampaikan secara spesifik.

Kedua: Kepimpinan berorientasikan sokongan (Supportive Leadership)

Sebagai seorang pemimpin, En. Sapowan sentiasa menunjukkan sikap yang terbuka, gaya yang mesra dan prihatin terhadap para pekerjanya. Sikap in merujuk kepada orientasi sokongan iaitu tingkah laku yang memberi pertimbangan kepada pekerja. Gaya ini bertujuan untuk mewujudkan suasana kerja yang menyenangkan apabila pemimpin melayan pekerja tanpa berdasarkan mobiliti sosial dan turut menghormati status kedudukan mereka. Kebaikannya, gaya kepimpinan ini mampu mewujudkan suasana mesra agar pekerja termotivasi dengan penuh rela hati bagi melaksanakan sesuatu tugasan.

Ketiga: Kepimpinan berorientasikan penyertaan (Participative Leadership)

Gaya kepimpinan ini memberi motivasi kepada pekerja dengan menganggap mereka adalah aset paling penting syarikat dan sebahagian dari nadi organisasi. Selaras dengan teknik ini En. Sapowan mengalu-alukan penyertaan para pekerjanya untuk mereka berkongsi pendapat dalam menetapkan sesuatu keputusan. Selalunya beliau membuka ruang untuk rundingan kepada pekerja agar mereka dapat menyumbang idea dan cadangan.

Keempat: Kempimpinan berorientasikan pencapaian (Achievement-Oriented Leadership)

Kepimpinan dengan gaya ini diaplikasikan oleh En. Sapowan dengan memberikan cabaran kepada pekerjanya untuk melaksanakan tugasan dengan cemerlang dan mencapai peringkat tertinggi kemampuan mereka. Langkah pertama dengan menyatakan keyakinan yang tinggi bahawa pekerja mempunyai kemampuan untuk mencapai matlamat cabaran tersebut. Kemudian, beliau akan memantau setiap mutu kerja mereka supaya pencapaian tersebut sentiasa konsisten dan mempunyai kesinambungan.

‘Teori laluan matlamat ini’ tidak mengongkong beliau untuk menggunakan satu gaya kepimpinan sahaja, sebaliknya terbuka kepada penggunaan pelbagai gaya mengikut kesesuaian situasi. Pada pandangan saya teori ini lebih tertumpu kepada pemberian motivasi kepada pekerja agar mereka lebih bersemangat untuk melaksanakan tugas dengan sempurna. Sebagai pemimpin, peranan untuk membentuk organisasi yang berkesan dari pelbagai sudut adalah penting. Kepimpinan perlu menekankan aspek motivasi kerana ianya amat penting dalam memastikan kecemerlangan organisasi terhasil melalui kecemerlangan modal insan dalam setiap organisasi. Oleh itu, En. Sapowan mesti memastikan proses memotivasikan pekerjanya diperbaharui dari masa ke semasa agar pencapaian tugasan dalam organisasinya terus meningkat dan berkesinambungan.

Hasil daripada temu bual saya bersama En. Sapowan, gaya kepimpinan beliau dalam memotivasikan pekerjanya dapat dikongsi di sini. Dari segi pemahaman beliau, motivasi membawa definasi satu aktiviti atau cara melalui perbuatan, pertuturan dan tingkah laku yang memberi kesan atau ‘dorongan dalaman’ kepada seseorang atau sekumpulan individu untuk melakukan kerja atau tugasan dengan lebih baik dan berkesan. Dorongan dalaman bermakna secara spritual atau emosi di mana ianya sangat kuat lagi mendorong sesorang untuk melakukan pekerjaan atau tugasan dengan iltizam untuk mencapai kecemerlangan diri mahupun matlamat organisasi.

Tambah beliau lagi motivasi sangat berkait rapat dengan sikap individu atau golongan sasaran, pemimpin organisasi haruslah bijak dengan memberi motivasi yang berkesan supaya dapat mengubah sikap negatif pekerja kepada positif. Contohnya, sikap malas berubah menjadi rajin, pekerja yang kurang bertanggungjawab berubah menjadi lebih amanah dan sifat suka berbohong berubah menjadi jujur. Teori motivasi yang berkesan jika diaplikasikan dengan betul dapat memberikan keyakinan yang tinggi terhadap diri pekerja.

3 comments: