nuffnang ads

Search This Blog

Wednesday, April 4, 2012

8 TIP MUDAH UNTUK HIDUP MEWAH!!

8 Tip Mudah Untuk Hidup Mewah

                                                              sharmeen watchaaa....

1) Tak Perlu Kopi dan Rokok


- Setiap hari sebelum or semasa di pejabat tak perlu singgah ke kedai kopi berjenama untuk mendapatkan secawan kopi yang semahal RM5-RM20. Jika dicampur sekotak rokok RM10 anggaran belanja untuk kopi dan rokok sehari sahaja sudah RM15 - RM30. Tabiat ini jika dikurangkan, contoh jimat RM5 sehari, 30 hari sudah dapat RM150 dan jika laburkan jumlah tersebut ke dalam simpanan yang memberi pulangan 10% setahun, dalam tempoh 45 tahun jumlah tersebut akan menjadi RM1.4 juta!



2) Potong kad kredit

- Ambil kad kredit dalam dompet anda dan potong! Bank mengecaj interest yang amat tinggi lebih kurang 18%. Akibatnya setiap bulan kita terpaksa membayar interest ke atas jumlah yang lewat dijelaskan yang sebenarnya memakan simpanan kita.


3) Jaga emosi ketika melihat banyak iklan 'Sale' atau Jualan Murah

- Hampir 90% keputusan pembelian kita adalah keputusan emosi iaitu menurut kehendak hati, 10% pembelian sahaja yang berdasarkan keperluan hidup. Lelaki dan wanita adalah sama sahaja emosinya apabila melihat papan tanda 'sale' di shopping complex. Jadi control emosi kita jangan mudah terpengaruh kerana perlu anda ingat bahawa semua perniagaan dalam dunia ini akan gunakan sentimen emosi untuk menarik anda membeli produk mereka.


4) Hanya perlu pakar dalam 1 topik kewangan sahaja


- Kita tak perlu pakar dalam semua bidang kewangan sampai membaca beratus buku kewangan untuk berjaya! Meaning here, just pilih satu cabang yang anda minati atau mudah anda pelajari seperti pelaburan hartanah. Oleh itu, jadikan topik pelaburan jual beli property ini bidang yang anda dalami dengan beli buku2 dan fahaminya. Anda pasti pakar dalam hal jual beli rumah yang mampu menggandakan kewangan anda dan hidup lebih mewah.


inspirasiku...                                           


5) Kalau nak berhutang, pilihlah hutang yang bagus

- Maksudnya bukan semua hutang itu tidak baik, kita boleh berhutang tetapi pilih yang mampu menambah nilai hidup kita. Contohnya, berhutang membeli rumah ia menambahkan nilai hidup kita kerana value harga rumah semakin meningkat dengan cepat, kalau tak duduk pun kita masih boleh menyewakannya dan mendapat residual income. Contoh berhutang yang tidak bagus seperti membeli kereta yang harganya diluar kemampuan kita untuk membayar installment setiap bulan malahan selepas memiliki kereta tersebut nilai pasarannya secara automatik jatuh 30%!


6) Membaca buku walau hanya 30 minit sehari

- Kebanyakan antara kita malas membaca buku, jadi bagaimana mahu menambahkan kepakaran kita? dengan tidak mempunyai apa-apa kepakaran selain daripada berkerja, oleh itu income kita tidak akan bertambah kerana kurangnya ilmu dan skill. Jadi mulai dari detik ini, tanamkan minat membaca tentang hanya 1 bidang yang anda minati dan cari pengetahuan sebanyak mungkin untuk jadi seorang yang pakar dalam bidang tersebut. Dan ketahui bahawa pakar akan dibayar berkali-kali ganda berbanding mereka yang tidak pakar dalam bidang mereka.



7) Mencari kawan baru yang optimis

- Anda akan menjadi seperti kawan sekeliling anda! sekiranya kita selalu lepak dengan kawan yang tidak punya impian untuk kaya dan berjaya, maka kita pun tidak ada dorongan untuk jadi kaya dan berjaya. Dapatkan kawan yang bijak mengendalikan wang sekurang-kurangnya. Apa kata cuba berkenalan dengan mereka2 yang pakar dalam bidang yang anda minati. Dengan berdampingan dengan mereka yang berjaya, kejayaan itu juga pasti berjangkit kepada kita!


8) Jangan baca sahaja tip2 ini tapi mesti praktikkan!

- Tip-tip di atas adalah ilmu yang sangat berguna untuk mengubah hidup kita daripada 'zero to hero' dan 'nothing to something'. Sooo...jangan baca jer lepas tu tak buat, amat rugi besar. Lakukan sesuatu mulai dari sekarang untuk mengubah hidup kita. Mulai dengan melakukan perkara2 yang mudah! kerana perkara2 yang mudah inilah yang akan membuatkan kehidupan kita lebih mewah dan bermakna.

Inspirasi Kejayaan-Irfan Khairi




No comments:

Post a Comment