nuffnang ads

Search This Blog

Friday, June 8, 2012

Filem Prometheus Tidak Sesuai Ditonton Oleh Umat Islam

            Malam tadi aku gagahkan juga teman hubby yang nak sangat tengok midnight movie terbaru iaitu `Prometheus’.  Aduii..takde mood lansung..aku memang kureng minat tengok cita ala2 alien nih, dengan lenguh2 badan lepas swimming petang tadi yg tak agak2..fuhh dekat 1 jam setengah aku dalam kolam tu ngan anak2..hehe, sampai mata naik kabur laa..alamak panic gak aku kabur mata tak hilang2 dari abis mandi sampai tengah malam barulah clear balik. Pelik aku swimming pool  lain aku mandi takde pun kena kabur2 mata nih..banyak sangat ke klorin yg dorang letak, bahaya nih…anak2 aku relaks je sebab dorang  guna  goggle..


                Komen aku pasal movie nih..sepatutnya Prometheus ni diklassifikasikan  bawah 18SG bukannya PG13. Sebagai seorang ibu aku berani mengatakan bahawa filem ini bahaya ditonton oleh anak2 kita kerana boleh merosakkan akidah. Sipnosis cerita cakap lain tapi bila dah tonton lain pulak jalan ceritanya..Prometheus ialah nama sebuah kapal angkasa yg membawa sekumpulan doctor saintis ke sebuah planet yg mereka percayai tempat persembunyian tuhan, dalam konteks ini tujuan utama research mereka adalah untuk membuktikan kewujudan tuhan dengan melihat sendiri rupa sebenar tuhan..Astagfirullahalazim…sampai sini aku dah beristifar banyak dah dalam hati. Nasib baiklah tak bawak anak2 sekali menonton.


             Kononnya bila bertemu dengan tuhan, mereka berhak untuk bertanyakan persoalan kenapa manusia  dicipta dan dicampakkan ke bumi. Apa tujuan manusia dicipta dan kenapa setelah tuhan cipta manusia kemudian hendak dibinasakan atau mati pula…aduiii..apa punye cerita nih..hanginn aku nengok!!.  At last jumpa jugak dengan makhluk yg diangggap tuhan...macam alien jer aku tengok. Alien tu badan macam manusia, besar tinggi tapi muka macam alien lah. Lepas tu benda alah tu pulak bunuh dorang semua..hishhh padan muka.  Dalam cerita ni ada adegan seks yg tak sesuai budak2 tonton juga, dan adegan ganas yg agak melampau bila Doktor Elly memotong perutnya sendiri guna mesin robot khas  untuk mengeluarkan baby aliennya…hishh ngeri betul nampak real caesarean yang dia buat..dengan darah yg terpercik2.

             Kesimpulannya bagi aku cerita nih tak sesuai ditonton oleh anak2 kita sebab boleh merosakkan akidah umat Islam, jalan cerita dia nak cari tuhan yg menciptakan manusia sebab banyak isu tak puas hati dengan kejadian dan kematian manusia…nape lah mat salleh nih buat cerita macam ni. Padahal jawapan bagi persoalan mereka semua tu ada dalam Al-quran kitab Allah, mereka yg sesat ini sangat ego untuk mengakui kebenaranNya..hingga sanggup melakukan perkara2 bodoh untuk menyangkal bahawa Allah s.w.t adalah Pencipta yg sebenar-benarnya..



P/S: nak letak gambar ni pun tak suka sebenarnya, tapi takut korang tak tau cita yg mana pulak...jadi aku letaklah jugak.

No comments:

Post a Comment