nuffnang ads

Search This Blog

Thursday, June 21, 2012

Kursus Usahawan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV)


Pada 18/06/12 hingga 20/06/12 yang lalu, hubby ku telah dijemput memberi kursus Keusahawanan kepada pesara2 tentera veteran di Grand Pacific Hotel, Kuala Lumpur. Kursus selama 3 hari ini memberikan pendedahan  kepada mereka tentang segala aspek dalam dunia perniagaan bermula daripada asas keusahawanan, sahsiah dan etika seorang usahawan, panduan pengurusan kewangan dan perakaunan syarikat dan akhir sekali pembentangan kertas kerja Rancangan Perniagaan dalam bentuk kerja berkumpulan.

Walaupun kebanyakan peserta yang menghadiri kursus tersebut telah pun bergelar usahawan dan mempunyai perniagaan yang tersendiri, namun semangat mereka untuk terus belajar ilmu2 perniagaan adalah sangat membanggakan,  kerana setelah habis kursus ini pun mereka masih memohon lagi  untuk mendapatkan kursus lanjutan keusahawanan mengikut bidang industri masing2.


Penutup majlis, bergambar beramai-ramai



 Rancangan Perniagaan


 Bersama dengan Orang Kuat JHEV


Pembentangan Rancangan Perniagaan oleh peserta

Semoga ilmu yang diperolehi oleh mereka dapat membantu mereka memajukan perniagaan masing2..Jika ada masalah sila hubungi En. Sapowan, Insyaallah kami akan memberikan khidmat nasihat. Jumpa lagi...

No comments:

Post a Comment